Ciri-ciri guru Pendidikan Islam Profesional (GPI) berasaskan riadhah ruhiyyah menurut pandangan al-Ghazali: analisis kandungan bab adab terhadap guru dalam Kitab Ihya Ulum Al-Din

Habibah @ Artini Ramlie, and Zaharah Hussin, (2017) Ciri-ciri guru Pendidikan Islam Profesional (GPI) berasaskan riadhah ruhiyyah menurut pandangan al-Ghazali: analisis kandungan bab adab terhadap guru dalam Kitab Ihya Ulum Al-Din. Al-Hikmah, 9 (2). pp. 57-77. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
821kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kandungan kitab Ihya’ Ulum al-Din karangan Al-Ghazali bagi mendapatkan maklumat berhubung konsep dan ciri-ciri guru Pendidikan Islam (GPI) profesional berasaskan ‘riadhah ruhiyyah’. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mendapatkan data berhubung atribut profesional tersebut. Sampel kajian adalah kitab Ihya’ Ulum al-Din Jilid 1 yang diterbitkan tanpa tahun oleh Dar al-Ma’rifah di Beirut. Unit analisis dalam kandungan kitab yang dikaji mengkhusus kepada bahagian kelima kitab berkaitan adab guru dan pelajar. Dapatan kajian mendapati ciri-ciri guru profesional berasaskan ‘riadhah ruhiyyah’ yang diekstrak dari kandungan kitab berkenaan adalah merangkumi dimensi hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan dengan diri sendiri, hubungan dengan rakan sejawat serta hubungan dengan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Pendidikan Islam; Guru Pendidikan Islam (GPI); Guru profesional; ‘Riadhah ruhiyyah’
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11202
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 03:58
Last Modified:13 Jan 2018 03:23

Repository Staff Only: item control page