Identifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka

Suhaya Deraman, and Salasiah Hanin Hamjah, and Ahmad Irdha Mokhtar, and Anis Nor Amelia Nor Asikin, and Izzah Nur Aida Zur Raffar, (2017) Identifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka. Al-Hikmah, 9 (2). pp. 113-130. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
699kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengidentifikasi identiti biseksual dan hubungannya dengan aspek sokongan sosial dan kesihatan mental dalam kalangan individu biseksual di Melaka. Dewasa ini biseksual merupakan fenomena yang semakin membimbangkan dan menjadi isu kontroversi di Malaysia kerana statistik amalan orientasi seksual songsang ini semakin meningkat walaupun ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan norma masyarakat. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana hubungan antara sokongan sosial dan kesihatan mental dengan identiti biseksual yang diamalkan oleh individu biseksual. Untuk tujuan ini, satu tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan ke atas 30 individu biseksual di Melaka. Kajian yang berbentuk deskriptif dan inferensi ini menggunakan borang soal selidik berkaitan demografi, Skala Identiti Lesbian, Gay dan Biseksual (Lesbian,Gay and Bisexual Identity Scale), Soal Selidik Sokongan Sosial (Social Support Questionnaire) dan Soal Selidik Simptom Psikotik Jangka Pendek (Brief Symptom Inventory). Data inferensi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 20 for Windows dengan kaedah Kolerasi dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan individu yang terlibat mempunyai pengecaman identiti biseksual yang tinggi. Ini bermakna mereka mengamalkan gaya hidup sebagai seorang biseksual dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, keseluruhan hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji menunjukkan tidak terdapat hubungan dan perbezaan faktor bangsa dengan kesemua pemboleh ubah yang dikaji.

Item Type:Article
Keywords:Identifikasi identiti; Sokongan sosial; Kesihatan mental; Biseksual
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11206
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 04:26
Last Modified:13 Jan 2018 03:34

Repository Staff Only: item control page