Teori kepimpinan dari perspektif Islam dan barat dalam terma kepimpinan transformasi

Nor Anisah Abu Hanipah, and Razaleigh Muhamat@Kawangit, (2017) Teori kepimpinan dari perspektif Islam dan barat dalam terma kepimpinan transformasi. Al-Hikmah, 9 (2). pp. 141-153. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
634kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Isu kepimpinan bukanlah isu yang baru dibincangkan. Malahan, telah disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Teori kepimpinan Islam telah menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai model terbaik dalam kepimpinan samada dari sudut keluarga, pentadbiran, ekonomi, politik dan sebagainya sehingga membawa satu perubahan yang sangat besar. Para Sarjana Barat juga tidak terlepas pandang daripada membahaskan isu ini dan salah satu bentuk kepimpinan yang menjadi kajian mereka ialah kepimpinan transformasi. Teori yang dibawa oleh mereka juga telah dijadikan panduan daripada pelbagai kumpulan dan organisasi di Malaysia pada masa kini. Terma bagi perkataan perubahan yang digunakan dalam kepimpinan Islam tidak jauh bezanya dengan terma transformasi yang digunakan oleh Barat kerana keduanya mempunyai definisi yang sama. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji teori kepimpinan dari perspektif Islam dan Barat dalam terma kepimpinan transformasi dan menganalisis persamaan dan perbezaan teori kepimpinan dari perspektif Islam dan Barat dalam terma kepimpinan transformasi. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa teori kepimpinan dari pandangan Islam dan Barat mempunyai teori tersendiri sehingga mewujudkan beberapa persamaan dan perbezaan dalam pelbagai sudut.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan; Transformasi; Perubahan; Islam; Barat
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:11208
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 04:34
Last Modified:13 Jan 2018 03:12

Repository Staff Only: item control page