Mohd Azizon Noordin, and Zulkefli Aini, (2017) Persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Al-Hikmah, 9 (2). pp. 154-166. ISSN 1985--6822
|
PDF
703kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Khutbah merupakan salah satu medium dakwah bersifat mingguan yang disampaikan oleh khatib di atas mimbar berbentuk nasihat atau pesanan keagamaan. Peranan khutbah telah mengalami perkembangan dan pada masa ini, ia seringkali menjadi perbincangan dan perdebatan di media-media masa. Antara permasalahan yang ditimbulkan ialah khatib sekadar membaca teks khutbah tanpa mempedulikan pendengar, mesej khutbah yang tidak jelas, isi khutbah tidak efektif dan wujud kekeliruan terhadap maksud intipati khutbah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat JAWI berdasarkan persoalan kajian mengenai persepsi khatib terhadap seni retorik dalam teks khutbah Jumaat JAWI. Kajian ini adalah kajian rintis dalam bentuk kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data yang diperolehi dikemukakan secara deskriptif. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 26 orang responden yang terdiri dari kalangan khatib di Kuala Lumpur. Hasil kajian rintis mendapati item “kepelbagaian intonasi suara dibantu oleh kaedah penulisan berbentuk penceritaan dan penerangan di dalam teks khutbah” dan item “penggunaan rima yang sama di penghujung ayat mencantikkan gaya bahasa khutbah” mendapat peratus persetujuan tertinggi iaitu 96.2% dengan nilai skor min = 4.42. Manakala item “jarang tersasul ketika membaca teks khutbah yang dibekalkan” mendapat peratusan terendah iaitu 61.5% dengan nilai skor min = 3.46. Melalui kajian ini, kualiti penulisan teks khutbah Jumaat JAWI dapat dipertingkatkan selain dapat membantu keberkesanan penyampaian khatib.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Khutbah; Khatib; Seni retorik; Teks khutbah Jumaat JAWI |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 11209 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jan 2018 04:40 |
Last Modified: | 13 Jan 2018 03:05 |
Repository Staff Only: item control page