Muhammad Syahir Abu Bakar, and Wan Fariza Wan Alyati Wan Zakaria, and Kamaruddin Salleh, (2017) Perlaksanaan hisbah di Malaysia pada masa kini: perkembangan dan halangan. Al-Hikmah, 9 (2). pp. 167-185. ISSN 1985--6822
|
PDF
695kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
Institusi hisbah di seluruh dunia akhir-akhir ini dilihat semakin lemah atau semakin hilang fungsinya dan ia perlu diberikan perhatian yang serius kerana kegagalan melaksanakannya akan mengundang pelbagai natijah buruk yang sangat merosakkan. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan perlaksanaan institusi hisbah di Malaysia pada masa kini yang mana dikatakan sebagai satu agen atau badan pencegah segala kemungkaran di samping menggalakkan segala amal kebaikan. Selain itu, kajian ini juga membincangkan mengenai halangan-halangan yang dihadapi di sepanjang perlaksanaan institusi hisbah di Malaysia dan mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi menanganinya. Hasil kajian ini mendapati bahawa perkembangan institusi hisbah di Malaysia masih di tahap sederhana dan segala halangan perlu ditangani dengan bijaksana. Oleh itu, semua institusi hisbah di Malaysia ini perlu berganding bahu dalam memajukan lagi pengurusan sistem hisbah demi kepentingan bersama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hisbah; Malaysia; Perkembangan; Halangan |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 11210 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jan 2018 04:45 |
Last Modified: | 13 Jan 2018 03:00 |
Repository Staff Only: item control page