Pengalaman sokongan sosial intergenerasi dalam kalangan warga emas di institusi kebajikan awam

Nurhayati Mohamad, and Khadijah Alavi, and Mohd Suhaimi Mohamad, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2017) Pengalaman sokongan sosial intergenerasi dalam kalangan warga emas di institusi kebajikan awam. AKADEMIKA, 87 (1). pp. 65-74. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
292kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860

Abstract

Sokongan sosial intergenerasi antara anak dewasa dan ibu bapa tua merupakan fenomena yang menjadi cabaran keluarga di Malaysia, terutamanya dengan peningkatan populasi warga emas. Tujuan artikel ini ialah untuk meninjau sokongan sosial intergenerasi yang diterima oleh warga emas di institusi kebajikan warga emas yang dibiayai oleh pihak kerajaan. Sampel daripada sepuluh orang warga emas yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan di salah satu daripada Rumah Seri Kenangan RSK yang memberikan perlindungan dan penjagaan asas kepada emas. Analisis tematik telah digunakan untuk mendapatkan data perbincangan. Hasil kajian menunjukkan warga emas di institusi kebajikan kurang menerima sokongan sosial intergenerasi daripada anak atau waris. Majoriti melaporkan hubungan mereka dengan anak-anak dan waris semakin renggang malah ada antaranya yang terputus hubungan setelah mereka berpindah masuk ke institusi kebajikan awam. Artikel ini mencadangkan item-item dimensi keluarga dalam skala Lubben sesuai digunakan untuk mengukur secara kuantitatif penerimaan sokongan sosial intergenerasi bagi warga emas di institusi. Pengukuran secara kuantitatif menggunakan sub skala keluarga membolehkan pengkaji membuat kajian terhadap saiz sampel yang lebih besar. Pada masa yang sama analisis inferensi dapat dilakukan dan keputusan boleh digeneralisasikan kepada semua ahli dalam populasi.

Item Type:Article
Keywords:Sokongan sosial intergenerasi; Skala Lubben; Institusi penjagaan; Warga emas; Anak dewasa
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11216
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 06:49
Last Modified:13 Jan 2018 10:58

Repository Staff Only: item control page