Peranan UMNO menegakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan: satu kajian secara kronologikal

Mohamed Anwar Omar Din, and Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, and Mat Zin Mat Kib, and Junaidi Abu Bakar, (2017) Peranan UMNO menegakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan: satu kajian secara kronologikal. AKADEMIKA, 87 (1). pp. 91-109. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
527kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860

Abstract

Makalah ini berusaha menelusuri kronologi sejarah pemaktuban Islam dalam Perlembagaan Persekutuan negara Malaysia dengan menyemak pelbagai sumber primer iaitu rekod-rekod rasmi, minit-minit keputusan mesyuarat UMNO-Perikatan, laporan-laporan rasmi kerajaan, akta-akta, ordinan-ordinan, perlembagaan dan akhbar-akhbar berkait dengan Islam dalam kemerdekaan Malaysia di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan National Archive, London. Bahan-bahan ini dianalisis dengan kritis dan disusun secara kronologikal. Berdasarkan hasil analisis tersebut makalah ini menemui hakikat bahawa sesungguhnya UMNO memain peranan paling utama dalam sejarah pemaktuban Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam merupakan agama Persekutuan. Dalilnya, UMNO merupakan satu-satunya parti politik yang mengusulkan Islam kepada Suruhanjaya Reid (pada 25 September 1956). Pada asalnya, cadangan tersebut ditolak oleh Raja-Raja Melayu dan kerajaan British. Sekiranya UMNO tidak mengusulkannya maka amatlah besar kemungkinannya tidak ada Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan itu seperti adanya pada hari ini. UMNO bukan sekadar menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Reid, sebaliknya, ia berusaha secara berterusan untuk menangani tentangan Raja-Raja Melayu dan pihak British itu sehingga akhirnya termaktub juga Islam dalam Perlembagaan. Hakikat ini tidak disedari oleh para penyelidik. Ini berlaku kerana mereka tidak menukili sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan secara kronologi.

Item Type:Article
Keywords:Sekular; UMNO; Perlembagaan Persekutuan; Suruhanjaya Reid; Majlis Raja-Raja Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11218
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 06:56
Last Modified:09 Jan 2018 06:56

Repository Staff Only: item control page