Azlina Mohd Sera'ai, and Idris Aman, and Maserah Shabudin, (2017) Penerokaan aliran tematik penulisan bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing berdasarkan bidang pengajian. AKADEMIKA, 87 (1). pp. 123-140. ISSN 0126-5008
|
PDF
516kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860
Abstract
Dalam pembelajaran bahasa asing, menulis merupakan salah satu alat yang penting kerana bertujuan memperoleh maklumat dan kemahiran yang baharu. Maka, seorang pelajar perlu mengetahui interaksi antara klausa berdasarkan informasi yang terkandung dalam Tema dan Rema di dalam teks. Didapati kajian penulisan karangan sebagai bahasa asing tertumpu kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian tematik dimensi linguistik hanya membicarakan aliran tematik di sekitar teks tanpa mengambil kira pembolehubah lain seperti bidang pengajian. Bahkan, kajian tematik yang menjurus kepada penulisan karangan bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad. Maka, kajian ini berobjektif mengenal pasti, menghurai dan menjelaskan penguasaan aliran tematik dalam teks yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol dari angkubah bidang pengajian. Sebanyak 30 teks naratif dan 30 teks ekspositori yang melibatkan 207 unit perenggan dianalisis. Pergerakan aliran idea dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan kerangka aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, kesemua bidang pengajian memanfaatkan aliran Tema Rencam tanpa menyedari genre penulisan, pelajar Sains Sosial lebih kreatif mempelbagaikan jenis aliran Tema dalam kedua-dua genre penulisan, pelajar Sains dan Teknologi tidak memanfaatkan aliran Tema Kekal dalam teks naratif dan garapan idea teks ekspositori pelajar Sains Kemanusiaan cenderung kepada norma penulisan teks naratif. Ini menggambarkan pembolehubah bidang pengajian tidak berperanan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Walaupun berada di tahap lanjutan namun, masih belum menguasai aspek aliran tematik dengan sebaik-baiknya. Disyorkan, pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Tema/Rema dalam kelas bahasa asing diintegrasikan ke dalam penulisan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aliran tematik; bahasa Sepanyol; Penulisan; Tema dan rema; Bidang pengajian |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 11220 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jan 2018 07:03 |
Last Modified: | 13 Jan 2018 11:26 |
Repository Staff Only: item control page