Struktur suku kata terbitan dialek Terengganu

Nur Adibah Hasan, and Sharifah Raihan Syed Jaafar, (2017) Struktur suku kata terbitan dialek Terengganu. AKADEMIKA, 87 (1). pp. 165-175. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
347kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860

Abstract

Setakat ini, masih belum ada kajian lepas yang memfokuskan tentang struktur suku kata dialek Terengganu, salah satu dialek yang dituturkan di Malaysia. Kajian lepas oleh Collins dan Asmah membincangkan tentang dialek Terengganu, walau bagaimanapun hanya melihat aspek-aspek umum dialek tersebut serta tidak meneliti struktur suku katanya. Kajian-kajian lepas selain daripada Collins dan Asmah pula banyak menumpukan kepada dialek-dialek Melayu yang lain. Oleh itu, kajian ini membincangkan struktur suku kata terbitan dialek Terengganu dengan memfokuskan kepada proses perubahan struktur suku kata dan analisis terhadap struktur suku kata dialek Terengganu. Kajian ini menggunakan data dialek Terengganu yang diperolehi daripada siaran radio Terengganu.fm yang berfrekuensi 88.7 yang meliputi Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu. Untuk tujuan ini, analisis tatatingkat kekangan daripada teori Optimaliti yang dibangunkan oleh Prince dan Smolensky diaplikasikan. Pemerhatian daripada data menunjukkan dialek Terengganu mempunyai tiga jenis struktur suku kata iaitu KV, KVK dan KKV. Ketiga-tiga struktur suku kata yang telah dikenal pasti ini mewujudkan perbezaan tatatingkat kekangan. Hasil analisis telah menghasilkan tatatingkat kekangan seperti berikut: ONSET >> MAKS-IO >> *KODA >> IDENT-IO[F] >> *ONS KOMPLEKS.

Item Type:Article
Keywords:Struktur suku kata; Dialek Terengganu; Fonologi; Teori Optimaliti; Dialek Melayu
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11223
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 07:14
Last Modified:13 Jan 2018 11:08

Repository Staff Only: item control page