Kata soal dalam dialek Perlis

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Noriati Muhamad, (2017) Kata soal dalam dialek Perlis. AKADEMIKA, 87 (1). pp. 177-187. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
343kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860

Abstract

Artikel ini membincangkan kata soal dalam dialek Perlis. Data yang digunakan dalam kajian ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di negeri Perlis. Perlis adalah sebuah negeri yang kecil; terdiri daripada 3 daerah iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau. Namun ketiga-tiga daerah ini mempunyai 22 mukim yang merangkumi 228 buah kampung. Oleh itu untuk memudahkan kajian, kawasan kajian dikenal pasti melalui grid geografi GPS yang telah dilakar berpandukan skala 5km: 1cm. Hasil daripada lakaran itu sebanyak 40 kotak grid telah dihasilkan. Setiap kotak grid itu diwakili oleh sebuah kampung. Sebanyak dua responden daripada setiap kampung telah dikenal pasti berpandukan kriteria NORMs. Data primer ini diperoleh melalui proses temu bual yang dilaksanakan terhadap responden yang menutur dialek Perlis ini. Analisis ini mendapati bahawa kata soal ini boleh dipecahkan kepada dua kategori iaitu kata soal adjung bagi kata mengkala atau bila (bila), gheno atau macam mana (bagaimana), brapa (berapa) dan awat (kenapa)) manakala kata soal komplemen pula bagi kata apa, sapo (siapa) dan mana. Analisis ini mendapati bahawa semua kata soal dalam dialek Perlis mempunyai sifat yang sama iaitu boleh hadir pada kedudukan depan, tengah dan akhir ayat soal. Kajian mendakwa bahawa kesemua kata soal dalam dialek Perlis boleh bersifat bergerak dan in-situ.

Item Type:Article
Keywords:Kata soal; Perlis; Dialek; Analisis deskriptif; Partikel
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11224
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 07:17
Last Modified:13 Jan 2018 11:38

Repository Staff Only: item control page