Aspek kesejajaran dalam perbilangan adat berdasarkan analisis stilistik

Mohammad Fadzeli Jaafar, and Idris Aman, and Norsimah Mat Awal, (2017) Aspek kesejajaran dalam perbilangan adat berdasarkan analisis stilistik. AKADEMIKA, 87 (1). pp. 279-290. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
301kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/860

Abstract

Perbilangan adat ialah kalimat berangkap yang disampaikan dalam bentuk puisi. Sejauh ini telah banyak kajian yang dilakukan tentang perbilangan adat, misalnya dari aspek kesusasteraan dan kebahasaan. Bagaimanapun, kajian awal ini lebih tertumpu pada pengkategorian perbilangan adat, iaitu teromba atau gurindam. Kajian kebahasaan pula hanya memberi perhatian pada aspek gaya bahasa dan kesantunan. Hooykaas dalam kajiannya pernah merumuskan bahawa salah satu aspek yang penting dalam perbilangan ialah kewujudan unsur perulangan dan kesejajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola dan makna kesejajaran dalam perbilangan. Peraturan kesejajaran yang dikemukakan oleh Short telah diaplikasi. Kajian ini akan menggunakan kumpulan perbilangan adat yang disebut sebagai Jelebu Customary Songs and Sayings, yang diterbitkan oleh Straits Branch of the Royal Asiatic Society pada tahun 1918 dan 1965. Data kajian ini dianalisis berdasarkan tema atau domain, misalnya domain perkahwinan dan jenayah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesejajaran dalam perbilangan adat hanya ditemui dalam rangkap. Pola kesejajaran dalam perbilangan menggunakan struktur perulangan dan kesejajaran. Dari segi hubungan makna pula, kesejajaran dalam perbilangan adat memperlihatkan hubungan sinonim dan antitetik, iaitu unsur kesejajaran mempunyai makna leksikal yang sama atau kontras. Ditemui juga bahawa perbilangan cenderung menggunakan leksikal berunsur alam dan kata-kata adat sebagai unsur kesejajaran. Kajian ini telah menyumbang dari aspek bentuk dan makna kesejajaran dalam perbilangan adat, dan hubungannya dengan sistem Adat Perpatih.

Item Type:Article
Keywords:Perbilangan adat; Perulangan; Kesejajaran sinonim; Kesejajaran antitetik; Adat Perpatih
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11232
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jan 2018 07:48
Last Modified:13 Jan 2018 11:28

Repository Staff Only: item control page