Keanjalan buruh-output dan keperluan pekerja asing dalam sektor pembuatan di Malaysia

Rahmah Ismail, and Norsarah Yasmin Norzaki, and Mohd Nasir Mohd Saukani, (2017) Keanjalan buruh-output dan keperluan pekerja asing dalam sektor pembuatan di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (1). pp. 3-14. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
681kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html

Abstract

Artikel ini bertujuan menganalisis keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan dan mengikut sub-sektor pembuatan terpilih di Malaysia. Berdasarkan kepada nilai keanjalan ini, unjuran terhadap keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 dilakukan. Pekerja asing diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu pekerja profesional asing (pengurusan, profesional dan eksekutif), pekerja teknikal asing (teknikal dan penyeliaan) dan pekerja am asing (perkeranian, operator pengeluaran dan lain-lain). Analisis artikel ini menggunakan data panel Penyiasatan Industri Pembuatan dari Jabatan Perangkaan Malaysia pada peringkat 5 digit mengikut Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC) bagi tempoh 1990-2010. Kaedah Seemingly Unrelated Regression (SUR) digunakan bagi menganggar model permintaan pekerja asing mengikut tiga kategori pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan keanjalan buruh-output pekerja asing bagi keseluruhan sektor pembuatan adalah positif dan signifikan bagi kesemua kategori pekerjaan. Namun terdapat nilai keanjalan buruh-output yang negatif apabila analisis dilakukan mengikut subsektor pembuatan. Unjuran keperluan pekerja asing bagi tahun 2020 menunjukkan permintaan kepada pekerja profesional asing, pekerja teknikal asing dan pekerja am asing masing-masing dijangka meningkat sebanyak 10.5 peratus, 8.3 peratus dan 10.0 peratus. Ini memberi implikasi bahawa kerajaan perlu meningkatkan penawaran buruh tempatan bagi ketiga-tiga kategori ini sesuai dengan keperluan sektor pembuatan supaya kebergantungan kepada pekerja asing dapat dikurangkan.

Item Type:Article
Keywords:Pekerja profesional asing; Pekerja teknikal asing; Pekerja am asing; Keanjalan buruh-output; Sektor pembuatan
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:11239
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 01:19
Last Modified:13 Jan 2018 23:08

Repository Staff Only: item control page