Dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta: analisis SVAR di Malaysia

Iszan Hana Kaharudin, and Zulkefly Abd Karim, and Mohd Azlan Shah Zaidi, and Mohd Adib Ismail, (2017) Dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta: analisis SVAR di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (1). pp. 89-106. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
774kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html

Abstract

Bermula dengan episod belanjawan defisit yang berpanjangan sejak tahun 1998 di NSM, menunjukkan kutipan hasil cukai kerajaan tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan yang menyebabkan kerajaan perlu memikirkan sumber pembiayaan alternatif seperti melalui terbitan bon. Mengikut teori dana boleh pinjam, terbitan bon kerajaan menyebabkan penurunan harga bon dan seterusnya cenderung meningkatkan kadar bunga pasaran. Kenaikan kadar bunga pasaran menyebabkan kos dana meningkat yang menyebabkan firma cenderung mengecilkan saiz pelaburan. Ini menyebabkan peningkatan perbelanjaan kerajaan yang dibiayai melalui terbitan bon tidak dapat memberikan kesan sepenuhnya kepada peningkatan pendapatan negara malahan mewujudkan kesan asakan keluar ke atas pelaburan swasta. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan dasar fiskal iaitu kejutan positif perbelanjaan kerajaan dan hasil kerajaan (cukai) terhadap pelaburan swasta di Malaysia. Kajian ini menggunakan model SVAR (Structural Vector Autoregressive) dalam ekonomi terbuka bersaiz kecil untuk mengenal pasti tindak balas dinamik kejutan dasar fiskal terhadap pelaburan swasta. Data kajian adalah data siri masa sukuan bagi tempoh 1991:1-2016:3. Analisis fungsi tindak balas impulse dan penguraian varian telah digunakan untuk mengupas keberkesanan dasar fiskal terhadap perbelanjaan swasta. Hasil kajian menunjukkan kesan kejutan perbelanjaan kerajaan mewujudkan kesan asakan keluar terhadap pelaburan swasta manakala bagi penggunaan swasta mengalami kesan positif. Bagi kesan kejutan hasil cukai kerajaan menunjukkan keputusan yang sama iaitu pelaburan swasta mengalami kesan negatif manakala penggunaan swasta mengalami kesan positif.

Item Type:Article
Keywords:Dasar fiskal; Model SVAR; Kesan asakan keluar
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:11246
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 01:42
Last Modified:13 Jan 2018 23:21

Repository Staff Only: item control page