Struktur pasaran, gelagat firma dan produktiviti: kajian empirik firma insurans am di Malaysia

Mustazar Mansur, and Alias Radam, and Yuslindal Yaakub, (2017) Struktur pasaran, gelagat firma dan produktiviti: kajian empirik firma insurans am di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (1). pp. 133-144. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
691kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html

Abstract

Kertas ini mengkaji secara empirik faktor penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans am di Malaysia. Model struktur berasaskan teori Structure Conduct and Performance (SCP) telah digunakan untuk menganggar dua fungsi utama iaitu fungsi keberuntungan dan fungsi produktiviti. Kajian menggunakan data panel bagi tempoh 40 tahun yang melibatkan 50 buah syarikat insurans untuk penganggaran model penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS). Empat hipotesis telah diuji iaitu hipotesis SCP, hipotesis Relative Market Power (RMP), hipotesis Efficient-Structure (ES) dan hipotesis Market- Power (MP). Dapatan kajian menunjukkan fungsi keuntungan firma insurans am mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pendapatan premium, pulangan atas pelaburan dan pusing ganti aset tetap. Syer pasaran, pusing ganti jumlah aset dan harga insurans pula mempunyai hubungan yang negatif dengan fungsi keuntungan firma insurans am. Dalam fungsi produktiviti firma, terdapat hubungan positif yang signifikan antara pulangan atas aset, produktiviti pengurusan, syer pasaran, komisen agen dan pusing ganti aset tetap dengan fungsi produktiviti firma insurans am. Sementara itu, pemboleh ubah pusing ganti jumlah aset, pulangan atas pelaburan, produktiviti buruh dan harga insurans pula mempunyai hubungan negatif dengan fungsi produktiviti firma insurans am.

Item Type:Article
Keywords:Keuntungan; Produktiviti; Insurans am
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:11249
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 03:17
Last Modified:13 Jan 2018 23:28

Repository Staff Only: item control page