Meneroka refleksi simpati rasional orang tengah dalam rantaian pengeluaran kelapa sawit pekebun kecil

Suraiya Ishak, and Mohd Yusof Hussain, and Ahmad Raflis Che Omar, and Abd Hair Awang, and Novel Lyndon, (2017) Meneroka refleksi simpati rasional orang tengah dalam rantaian pengeluaran kelapa sawit pekebun kecil. AKADEMIKA, 87 (2). pp. 45-61. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/861

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai peranan orang tengah dalam pasaran hasil pertanian berdasarkan Teori Sentimen Moral. Penjelasan tersebut memberi refleksi sejauhmana aktiviti Peniaga Buah Sawit (FD) mengandungi elemen etika iaitu simpati rasional dan kepemurahan seperti dikemukakan oleh Teori Sentimen Moral Smith. Kajian ini memberi tumpuan kepada konteks FD di Malaysia. Kajian menggunakan metod temubual mendalam dengan empat orang peniaga buah sawit di Sabak Bernam, Selangor, Malaysia. Penemuan menunjukkan peranan FD telah memberi refleksi kepada simpati rasional dan kepemurahan dalam skop Teori Sentimen Moral. Pelaksanaan sentimen moral dikesan pada dua aspek, iaitu komersil dan sosial. Simpati rasional diterjemahkan dalam bentuk perkhidmatan berasaskan teras komersil tulen seperti belian buah sawit mentah, khidmat pengurusan kebun, jualan keperluan pertanian dan pengangkutan. Meskipun perkhidmatan tersebut dikenakan caj tertentu, pekebun telah memperolehi manfaat daripada penawaran perkhidmatan tersebut. Di samping itu, pekebun turut memperolehi faedah perolehan kredit kewangan dan keperluan pertanian dengan mudah dan ini menggambarkan elemen kepemurahan orang tengah yang sanggup mengenepikan peluang mengaut untung tambahan. Walaupun bayaran balik kredit tersebut dipotong daripada hasil jualan buah sawit, pekebun masih memperolehi faedah kerana kredit diperolehi tanpa perlunya cagaran, pematuhan prosedur permohonan pinjaman yang ketat, caj kewangan dan aturan bayar balik yang fleksibel. Oleh itu aktiviti orang tengah selari dengan sentimen moral dan menandakan elemen etika wujud dalam operasi FD kelapa sawit bagi konteks kajian. Implikasi polisi turut dikemukakan iaitu meningkatkan bilangan FD di pasaran dan koloborasi maklumat serta tindakan antara FD-Malayasian Palm Oil Board.

Item Type:Article
Keywords:Orang tengah; Pekebun kecil; Kepemurahan; Simpati; Sentimen moral
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11254
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 04:48
Last Modified:14 Jan 2018 14:12

Repository Staff Only: item control page