Muhajir penjana interaksi dan toleransi beragama saudara baru-Muslim-non-Muslim

Khadijah Mohd Khambali, and Azarudin Awang, and Suraya Sintang, and Nur Farhana Abdul Rahman, and Wan Adli Wan Ramli, and Khairul Nizam Mat Karim, (2017) Muhajir penjana interaksi dan toleransi beragama saudara baru-Muslim-non-Muslim. AKADEMIKA, 87 (2). pp. 63-76. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/861

Abstract

Saudara Baru, Saudara Muslim dan Mualaf merupakan istilah yang sering dirujuk sebagai individu yang mulai berjinak-jinak dengan agama Islam. Realitinya, individu yang digelar sedemikian dalam konteks Malaysia merupakan antara individu yang telah lama memeluk Islam. Perkara seumpama ini mampu mempengaruhi interaksi dan integrasi dalam kalangan komuniti Saudara Baru, komuniti Muslim asal dan ahli keluarga asal bukan Muslim. Selanjutnya, ia menimbulkan isu etnik akibat ketidakfahaman berhubung isu-isu yang berlegar dalam kehidupan Saudara Baru. Sehubungan itu, istilah Muhajir dilihat lebih sesuai dengan maksud Saudara Baru dalam konteks Malaysia yang lebih menonjol sebagai penjana interaksi dan toleransi beragama dalam kalangan warga Malaysia yang beraneka etnik. Justeru, kajian ini bertujuan melihat pengalaman toleransi beragama dalam kehidupan komuniti Muhajir-Muslim-non-Muslim. Data diperolehi menggunakan kaedah kualitatif dengan tumpuan kepada kaedah temu bual ke atas dua puluh orang Muhajir di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Hasil dapatan memperlihatkan bahawa situasi yang ditonjolkan dalam hubungan Muslim-bukan Muslim-komuniti Muhajir di negeri Terengganu telah menyerlahkan budaya toleransi dalam kepelbagaian hidup bersama. Hubungan ini diperlihatkan melalui jalinan perkenalan, pertemuan dan tinggal bersama yang membentuk hubungan persahabatan, persaudaraan dan persemendaan merentas batasan agama. Ini menunjukkan Muhajir memainkan peranan dalam melestarikan pemupukan toleransi khususnya dalam hubungan Muslim dan bukan Muslim di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Mualaf; Penjana interaksi; Toleransi beragama; Hubungan Muhajir-Muslim-non-Muslim; Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 04:53
Last Modified:14 Jan 2018 14:14

Repository Staff Only: item control page