Penyertaan sosial dan indeks kesejahteraan sosial subjektif kanak-kanak miskin di Malaysia

Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Noralina Omar, and Zaiton Azman, (2017) Penyertaan sosial dan indeks kesejahteraan sosial subjektif kanak-kanak miskin di Malaysia. AKADEMIKA, 87 (2). pp. 105-118. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/861

Abstract

Setiap kanak-kanak berhak memenuhi keperluan asasi masing-masing. Salah satu daripada keperluan asasi mereka adalah menyertai aktiviti sosial yang berlangsung dalam kehidupan masyarakat. Penyertaan sosial merupakan salah satu daripada domain kesejahteraan subjektif. Keperluan kepada penyertaan sosial yang dipenuhi menyumbang kepada kesejahteraan hidup kanak-kanak sekaligus mendorong kanak-kanak untuk memberi sumbangan aktif dalam komuniti. Artikel 31, Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) menyatakan dengan jelas mengenai hak kanak-kanak terhadap penyertaan sosial. Artikel ini memperihalkan status penyertaan sosial kanak-kanak miskin di Malaysia. Data empirikal diambil daripada Survei Indikator Kanak-kanak 2013-2015 yang melibatkan 200 kanak-kanak Malaysia berusia 9 hingga 17 tahun. Sampel tersebut mewakili 100 keluarga miskin dari bandar dan 100 keluarga miskin dari luar bandar. Dalam kajian ini, penyertaan sosial dinilai berdasarkan sejauh mana responden berpeluang untuk membangun dan mengembangkan potensi diri mereka seoptimum mungkin. Penyertaan sosial diukur dengan menggunakan 34 item yang terbahagi kepada lima komponen iaitu penyertaan secara sendirian, bersama rakan, di sekolah, bersama keluarga dan di dalam komuniti. Dari aspek penyertaan sosial, hasil kajian menunjukkan tahap kesejahteraan subjektif kanak-kanak miskin di Malaysia masih berada pada tahap sederhana. Dapatan ini merupakan satu input penting dalam sebarang usaha untuk mengubahsuai Dasar Kanak-kanak Negara. Ia juga penting untuk merancang program intervensi sosial yang berkesan, yang dapat meningkatkan lagi kesejahteraan subjektif kanak-kanak.

Item Type:Article
Keywords:Kesejahteraan subjektif; Penyertaan sosial; Ekologi sosial; Kanak-kanak miskin; Malaysia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11258
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 06:21
Last Modified:14 Jan 2018 14:20

Repository Staff Only: item control page