Selarikah makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat dengan perspektif Islam?

Siti Marziah Zakaria, and Nor Ba'yah Ab. Kadir, and Nasrudin Subhi, (2017) Selarikah makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat dengan perspektif Islam? AKADEMIKA, 87 (2). pp. 119-131. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/861

Abstract

Wanita pertengahan usia berkemungkinan untuk mengalami sindrom kekosongan, menopaus, masalah kesihatan, gangguan tidur, lethargi, penambahan berat badan dan masalah tumpuan. Beban kerja melampau, pelbagai peranan di rumah, penjagaan warga tua dan sebagainya memburukkan lagi kesejahteraan emosi dan kepuasan hidup wanita pertengahan usia.Wanita kerap kali melaporkan kepuasan hidup yang lebih rendah berbanding lelaki. Mereka juga lebih tinggi risiko untuk mengalami kemurungan, “burn out” dan kesunyian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan pendekatan fenomenologi. Pendekatan ini digunakan bagi meneroka dan memahami pengalaman sebenar serta perasaan peserta kajian yang dikaji. Objektif kajian ialah untuk meneroka makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia yang bekerjaya. Soalan berstruktur separa telah digunakan untuk memungut data daripada sembilan orang wanita pertengahan usia di Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepuasan hidup didefinisikan dalam empat tema iaitu; 1) kejayaan/pencapaian, 2) ketenangan jiwa dan fikiran, 3) keselesaan hidup serta 4) keredhaan dan kesyukuran. Empat tema ini dibincangkan daripada sudut kesejahteraan emosi dan kepuasan hidup. Wanita pertengahan usia yang dikaji membuat penilaian kepada kepuasan hidup dengan melihat lebih kepada aspek-aspek dalaman dan kerohanian. Mereka cuba membina kehidupan yang lebih bermakna, lebih tenang dan diredhai. Dapatan kajian dapat memberi input penting kepada perancangan program bagi meningkatkan kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Ia juga membantu para kaunselor, pegawai kebajikan dan penyelidik untuk lebih memahami keperluan dan perspektif hidup wanita pertengahan usia.

Item Type:Article
Keywords:Wanita pertengahan usia; Kepuasan hidup; Kesyukuran; Kejayaan; Keselesaan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11259
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2018 06:25
Last Modified:14 Jan 2018 14:22

Repository Staff Only: item control page