Impak pembangunan pelancongan ke atas persekitaran manusia dan fizikal komuniti Pulau Tioman

Norlida Hanim Mohd Salleh, and Md Shafiin Shukor, and Siti Hajar Mohd Idris, (2017) Impak pembangunan pelancongan ke atas persekitaran manusia dan fizikal komuniti Pulau Tioman. AKADEMIKA, 87 (3). pp. 49-62. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
434kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949

Abstract

Pembangunan pelancongan mesti membawa impak kepada komuniti tempatan dari aspek persekitaran manusia (ekonomi, sosial dan budaya) mahupun persekitaran fizikal. Jika pembangunan ini membawa manfaat, ia akan memberi kesan dari aspek sokongan dan pembangunan masa hadapan. Pembangunan pelancongan di Pulau Tioman telah melibatkan komuniti tempatan dan dijangka membawa impak seperti dinyatakan di atas. Sebagai bukti, sejumlah 228 komuniti tempatan di Pulau Tioman telah ditemu bual dengan berbantukan borang soal selidik dalam usaha mengenal pasti sama ada mereka memperoleh impak daripada pembangunan Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan dan apakah mereka menyokong pembangunan pada masa hadapan. Kaedah Strutural Equation Model (SEM) dengan menggunakan perisian Smart Partial Least Square (SmartPLS) digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan komuniti tempatan mendapat impak positif sama ada dari segi ekonomi, sosial, budaya mahu pun alam sekitar. Komuniti berpuas hati dengan impak yang mereka peroleh mengikut urutan; impak yang paling terkesan adalah impak sosial, diikuti oleh impak alam sekitar, budaya dan ekonomi. Dengan itu, komuniti tempatan memberi sokongan kepada pembangunan pada masa hadapan. Bagaimanapun, sokongan pembangunan pelancongan pada masa hadapan bergantung kepada empat elemen utama iaitu peningkatan gaji, peluang pekerjaan, penyediaan kemudahan asas dan kemudahan kesihatan. Dengan itu, pembangunan Pulau Tioman perlu diteruskan kerana ia membawa impak positif dan berupaya membangunkan sosial masyarakat berdasarkan faktor keperluan pada masa hadapan. Untuk meransang penyertaan komuniti, pihak berkepentingan harus memberikan tumpuan kepada perkara yang boleh membawa manfaat kepada mereka agar setiap pembangunan dapat meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan baru dan menambah pelbagai kemudahan asas serta meningkatkan kemudahan kesihatan.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan; Pelancongan; Pulau Tioman; Persekiran fizikal; Persekitaran manusia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11265
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2018 01:25
Last Modified:16 Jan 2018 00:20

Repository Staff Only: item control page