Khairiah Mohd Yassin, (2017) Faham beruk menurut Malik Bennabi dan perkaitannya dengan falsafah pendidikan negara. AKADEMIKA, 87 (3). pp. 77-89. ISSN 0126-5008
|
PDF
304kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949
Abstract
Faham beruk merupakan suatu faham kehaiwanan yang semakin menular dan membarah dalam kalangan masyarakat di Kepulauan Melayu. Faham kehaiwanan tersebut dibangunkan berdasarkan pemikiran Malik Bennabi. Ini kerana idea ulungnya tentang konsep manusia dan kemanusiaan bersifat sejagat yang turut terkait dengan masyarakat dari Alam Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep faham beruk Malik Bennabi dan menganalisis perkaitan faham kehaiwanan tersebut dengan Falsafah Pendidikan Negara di Malaysia. Untuk itu kaedah kepustakaan digunakan sepenuhnya dalam proses pengumpulan dan penganalisaan data. Data kajian diperolehi daripada karya-karya utama karangan Malik Bennabi. Kerangka konseptual dibentuk dan dimantapkan menggunakan kaedah analisis tekstual deskriptif. Daripada analisis tekstual tersebut, faham kehaiwanan berkenaan dihurai secara terperinci agar dapat menggabungjalin dan mencerakin idea Bennabi tentang konsep manusia dalam pembangunan peradaban. Hasil kajian mendapati bahawa faham beruk ialah suatu fahaman tersirat daripada kotak fikir Bennabi tentang permasalahan asas yang membelenggu manusia. Seterusnya, idea Bennabi berkisar persoalan manusia menitikberatkan dua aspek penting kemanusiaan iaitu keperibadian diri dan keintelektualan akal fikir. Penekanan terhadap dua aspek tersebut memperlihatkan kepentingan kajian ini kerana ia mempunyai perkaitan dengan elemen utama yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu elemen jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Elemen jasmani, emosi dan rohani berkait rapat dengan keperibadian diri. Elemen intelek pula berkaitan dengan konteks keintelektualan manusia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Faham Beruk; Malik Bennabi; Falsafah Pendidikan Negara; Keperibadian; Keintelektualan |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 11267 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2018 01:32 |
Last Modified: | 16 Jan 2018 00:22 |
Repository Staff Only: item control page