Tingkah laku beragama menurut Freud

Nor Nazimi Mohd Mustaffa, and Jaffary Awang, and Aminudin Basir@Ahmad, (2017) Tingkah laku beragama menurut Freud. AKADEMIKA, 87 (3). pp. 91-101. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
265kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949

Abstract

Pada abad ke-19, bidang psikologi semakin berkembang dengan wujudnya bidang kajian psikologi agama yang bertujuan untuk memahami perasaan, pemikiran dan tingkah laku beragama. Sarjana psikologi Barat telah melakukan pelbagai kajian yang berbeza bagi mengemukakan pandangan dan pemikiran mereka terhadap tingkah laku beragama. Sigmund Freud (1856-1939) merupakan salah seorang ahli psikologi Barat yang sangat berpengaruh dalam bidang psikologi dan beliau telah memperkenalkan teori Psikoanalitik. Berdasarkan teori Psikoanalitik, beliau telah megemukakan pandangan dan pemikiran terhadap aspek agama dan aktiviti pelaksanaan tingkah laku beragama yang dilakukan oleh manusia. Oleh yang demikian, kajian ini memperincikan pemikiran beliau terhadap konsep tingkah laku beragama yang dilakukan oleh seseorang. Perincian yang dilakukan adalah terhadap faktor pembentukan, bentuk dan tujuan tingkah laku beragama. Kajian ini menggunakan metode analisis dokumen dengan pendekatan tematik untuk menganalisis data yang dikumpul daripada buku psikologi karangan Freud sebagai rujukan utama dan disokong oleh jurnal dan artikel yang berkaitan. Hasil kajian menjelaskan tingkah laku beragama adalah tingkah laku yang terhasil dari keinginan seksual dan perasaan untuk memiliki sesuatu keinginan yang bersifat keanak-anakan. Keinginan dan perasaan ini telah membawa kepada penyesalan sehingga menyebabkan tingkah laku beragama terbentuk. Bentuk tingkah laku beragama adalah aktiviti ritual yang dilakukan menurut ajaran agama yang dipercayai seperti upacara pemujaan, penyembahan dan pengorbanan. Tujuannya pula adalah untuk memenuhi keinginan manusia iaitu keinginan kepada perlindungan dan keinginan kepada kebahagiaan.

Item Type:Article
Keywords:Sigmund Freud; Tingkah laku beragama; Faktor pembentukan; Psikoanalitik; Minda bawah sedar
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11268
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2018 01:35
Last Modified:16 Jan 2018 00:23

Repository Staff Only: item control page