Konsep residivisme: kekaburan definisi, pengukuran dan praktis

Mohd Alif Jasni, and Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Jal Zabdi Mohd Yusoff, and Khairiyah Md Shahid, and Noralina Omar, (2017) Konsep residivisme: kekaburan definisi, pengukuran dan praktis. AKADEMIKA, 87 (3). pp. 103-124. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
389kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949

Abstract

Kekaburan yang wujud pada pendefinisian konsep residivisme mewujudkan ketidakseragaman dalam pengukuran kadar pengulangan jenayah yang berlaku sehingga hari ini. Makalah ini merungkaikan implikasi kekaburan pelbagai variasi mengenai definisi konsep residivisme dalam mengukur kadar pengulangan jenayah, serta praktis intervensi yang diambil bagi menangani masalah ulang-laku jenayah di Malaysia. Makalah ini bertitik-tolak daripada sebuah kajian pengajian peringkat doktor falsafah oleh pengkaji pertama mengenai program pasca pembebasan dan jagaan lanjutan untuk bekas banduan di Malaysia. Hasil penulisan makalah telah membawa kepada sebuah cadangan definisi residivisme yang lebih realistik dan sesuai dengan pengalaman para residivis dan praktis sistem pengadilan jenayah di Malaysia. Penelitian terhadap definisi dan pengukuran konsep residivisme ini mampu menyumbang kepada amalan intervensi yang efisien di dalam menangani isu-isu sosial berkaitan dengan masalah ulang-laku jenayah dalam kalangan para residivis di dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Residivisme; Residivis; Pengulangan jenayah; Faktor risiko; Faktor pelindung
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11269
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2018 01:39
Last Modified:16 Jan 2018 00:24

Repository Staff Only: item control page