Pemindaan Perkara 9 perlembagaan Jepun dalam pentadbiran Shinzo Abe

Asmadi Hassan, and Rohayati Paidi, and Mohd Ikbal Mohd Huda, (2017) Pemindaan Perkara 9 perlembagaan Jepun dalam pentadbiran Shinzo Abe. AKADEMIKA, 87 (3). pp. 153-164. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949

Abstract

Perlembagaan Jepun digubal oleh Supreme Commander of the Allied Powers (SCAP) pada Februari 1946. Perkara 9 dalam perlembagaan tersebut yang menghadkan kebebasan angkatan tentera Jepun menjadi isu besar sehingga terdapat desakan supaya dipinda, terutamanya oleh parti pemerintah iaitu Parti Liberal Demokratik (LDP). Perkara 9 didapati tidak lagi sesuai dengan persekitaran politik sekarang dan perkara ini dibangkitkan beberapa kali oleh Perdana Menteri, Shinzo Abe. Abe mengutamakan dua perkara dalam pentadbirannya, iaitu pertama, membangunkan semula ekonomi negara melalui “Abenomics” dan kedua menjadikan Jepun sebagai negara “normal” dengan meminda Perkara 9. Artikel ini membincangkan pemindaan Perkara 9 di bawah pentadbiran Shinzo Abe termasuk mengapa Perkara 9 perlembagaan Jepun perlu dipinda, usaha yang dilakukan Abe untuk merealisasikan pemindaan perlembagaan tersebut, maklum balas dari Amerika Syarikat, China dan Korea dan terakhir, sokongan rakyat Jepun sendiri. Analisis artikel ini mendapati bahawa Amerika Syarikat menyokong usaha “menormalkan” Jepun, tetapi tidak bagi China dan Korea. Walau bagaimanapun Abe perlu memberi tumpuan bagi mendapatkan persetujuan rakyat Jepun. Walaupun LDP mempunyai majoriti di kedua-dua dewan parlimen, tetapi referendum khas adalah menjadi halangan utama. Majoriti rakyat Jepun masih menentang rancangan beliau. Abe sepatutnya memahamkan rakyat terlebih dahulu mengenai rancangan beliau kerana ia melibatkan kehidupan seharian mereka.

Item Type:Article
Keywords:Perlembagaan Jepun; Perkara 9; Shinzo Abe; Parti Liberal Demokrat; Negara normal
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11272
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2018 01:49
Last Modified:16 Jan 2018 00:26

Repository Staff Only: item control page