Mengurus antara keluarga dan kerjaya organisasi: analisis melalui pendekatan al-Tadayyun, al-Maqasid dan al-Wasatiyyah

Sharifah Hayaati Syed Ismail, (2017) Mengurus antara keluarga dan kerjaya organisasi: analisis melalui pendekatan al-Tadayyun, al-Maqasid dan al-Wasatiyyah. AKADEMIKA, 87 (3). pp. 197-210. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/949

Abstract

Wanita, keluarga dan kerjaya adalah tiga entiti yang tidak dapat dipisahkan dalam pembangunan kehidupan masyarakat pada hari ini, ditambah pula dengan jumlah penglibatan wanita dalam arena pekerjaan yang semakin meningkat. Dapatan kajian menunjukkan kegagalan mengurus keluarga dan kerjajaya telah mengakibatkan peningkatan isu stres di tempat kerja. Apatah lagi dengan tuntutan untuk meningkatkan prestasi kerja, menjadikan tanggungjawab mengurus antara keluarga dan kerjaya suatu cabaran semasa. Ada pandangan yang turut mengaitkan hal ini dengan punca berlakunya gejala sosial muda-mudi dan keretakan rumahtangga. Kajian literatur mendapati pendekatan Islam khasnya melalui konsep yang dinamakan sebagai al-Tadayyun, al-Maqasid dan al-Wasatiyyah dalam mengurus keluarga dan kerjaya masih belum diperbincangkan. Dengan menggunakan kaedah analisis teks dan literatur, makalah ini menganalisis bagaimana konsep tersebut boleh menjadi suatu pendekatan baru untuk diaplikasikan dalam menguruskan keluarga dan kerja. Penulisan ini bertujuan mengenalpasti isu berkaitan Pengurusan Keluarga dan Kerja (PKK), menghuraikan tiga konsep Islam dan bagaimana ia boleh dijadikan suatu pendekatan terhadap PKK. Selain itu, ia bertujuan mengisi kelompongan dalam perbahasan literatur tentang PKK menurut perspektif Islam. Hasil analisis mendapati bahawa tiga pendekatan ini berpotensi serta relevan dalam menyediakan kerangka, prinsip, nilai utama serta pendekatan untuk diaplikasikan dalam Pengurusan Keluarga dan Kerjaya secara Islam (PKK-I dalam memberikan keutamaan, perhatian dan kekuatan dalaman dan pembangunan karakter dalam PKK terutama apabila berhadapan dengan stres kerja dan keluarga). Iaitu pertama, melalui 10 cara al-Tadayyun (penghayatan beragama). Kedua, PKK-I melalui pendekatan berteraskan maslahah (kebajikan) dan pendekatan secara awlawiyyat (keutamaan). Ketiga, PKK-I melalui pendekatan al-Wasatiyyah (berimbang, adil dan pilihan terbaik).

Item Type:Article
Keywords:Kerjaya; Stres; al-Tadayyun; al-Maqasid; al-Wasatiyyah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:11275
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2018 03:34
Last Modified:16 Jan 2018 00:29

Repository Staff Only: item control page