Komunikasi dan kefahaman maklumat saintifik dalam buku teks sains sekolah rendah: satu kajian kes tentang kaedah penyampaian

Peters, Robert Francis and Amnah Abdullah, (2017) Komunikasi dan kefahaman maklumat saintifik dalam buku teks sains sekolah rendah: satu kajian kes tentang kaedah penyampaian. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (2). pp. 1-12. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
588kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052

Abstract

Walaupun Malaysia telah meningkatkan usaha dalam bidang Sains dan Teknologi, terdapat penurunan dalam jumlah murid yang minat atau cemerlang dalam mata pelajaran tersebut. Murid-murid ini menghadapi kesukaran dalam menghayati konsep-konsep saintifik.Salah satu punca kesukaran berpunca daripada keberkaitan intra kandungan buku teks mata pelajaran Sains itu sendiri. Walau bagaimanapun, tumpuan dalam aspek keberkaitan kandungan adalah kurang. Analisis dokumen telah dilaksanakan melalui satu kajian kes terhadap penjelasan beberapa konsep sains dalam buku teks kebangsaan.Jenis buku teks digunakan dalam cerapan data ialah buku-buku teks Sains sekolah rendah kebangsaan untuk Tahun 4, 5 dan 6. Dalam kajian mengenai komunikasi konsep-konsep sains ini, mudah-susah seseorang murid memahami sesuatu konsep dan kesinambungan konsep tersebut dicerap dan dianalisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa beberapa konsep saintifik yang terkandung dalam buku teks Sains telah dipersembahkan pada tahap yang tidak membolehkan murid mengetahui konsep tersebut dengan baik. Wujud ketidaksinambungan konsep-konsep saintifik dalam buku-buku teks Sains tersebut. Penemuan ini dibincangkan dan kesimpulannya diberikan dalam artikel ini.

Item Type:Article
Keywords:Maklumat sainstifik; Buku teks; Mata pelajaran Sains; Sekolah rendah; Kajian kes
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11278
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jan 2018 00:17
Last Modified:21 Jan 2018 14:40

Repository Staff Only: item control page