Pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Whatsapp dan telegram di universiti swasta

Syed Lamsah Syed Chear, (2017) Pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Whatsapp dan telegram di universiti swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (2). pp. 1-14. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
644kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052

Abstract

Kaedah pembelajaran teradun semakin meluas dilaksanakan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sama ada dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), e-pembelajaran atau m-pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka potensi WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran (m-pembelajaran) sebagai pelengkap kepada pengajaran bersemuka dan penggunaan portal e-pembelajaran. Analisis data berdasarkan maklum balas daripada 68 pelajar di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor yang diperoleh melalui borang soal-selidik dan maklumat yang dimuatnaik diWhatsApp dan Telegram. Penjelasan dan edaran borang soal-selidik kepada pelajar dibuat pada minggu terakhir semester dan pelajar diberi tempoh 1 jam untuk melengkapkan soal-selidik. Kajian ini menunjukkan sebahagian besar daripada responden telah menggunakan telefon pintar sejak empat tahun lalu (71%), membayar kurang daripada RM100 sebulan (81%) dan memilih pelan prabayar (85%). Aplikasi popular ialah WhatsApp (n=60, 88.2%), Youtube (n=49, 72.1%), Facebook (n=47, 69.1%), Instagram (n=43, 63.2%), dan Google+ (n=36, 52.9%). Para pelajar didapati kurang didedahkan dengan m-pembelajaran, tidak bersedia serta kurang berpuashati dengan capaian Internet, ketiadaan garis-panduan, dan kaedah penilaian. Pelajar sarjana muda program kejuruteraan, sains komputer & teknologi maklumat dan bioteknologi lebih aktif terlibat dalam perbincangan dan perkongsian maklumat berbanding pendidikan.Sebahagian besar pelajar bersetuju m-pembelajaran membantu mereka untuk lebih memahami hasil pembelajaran, meningkatkan imej universiti, daya saing dan kebolehpasaran graduan.

Item Type:Article
Keywords:M-pembelajaran; Telefon pintar; WhatsApp; Telegram
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11279
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jan 2018 00:45
Last Modified:21 Jan 2018 14:38

Repository Staff Only: item control page