Trait-trait personaliti pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa dalam kalangan pelajar sekolah menengah: model lima faktor

Raja Azrul Hisham Raja Ahmad, and Ruslin Amir, and Saemah Rahman, (2017) Trait-trait personaliti pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa dalam kalangan pelajar sekolah menengah: model lima faktor. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42 (2). pp. 1-10. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
449kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jpend/issue/view/1052

Abstract

Kajian ini adalah untuk melihat perbezaan trait-trait personaliti dalam kalangan pelajar seramai 328 orang pelajar tingkatan empat yang melibatkan sepuluh buah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan bagi mengutip data. Terdapat lima domain dalam trait-trait personaliti yang dicadangkan oleh Model Lima Faktor Goldberg iaitu domain Kesedaran, Penerimaan, Kestabilan Emosi, Ekstraversi dan Keterbukaan. Analisis deskriptif min menunjukkan domain Kesedaran, Kestabilan Emosi, Ekstraversi dan Keterbukaan antara pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa adalah sederhana. Manakala, domain Penerimaan adalah tinggi. Analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pembuli, mangsa buli dan pembuli-mangsa dalam dua domain Kestabilan Emosi dan Kesedaran. Program-program intervensi yang sesuai, efektif dan menjurus kepada trait-trait personaliti pelajar yang terlibat dengan buli dapat dirancang dan dilaksanakan oleh pihak-pihak berkepentingan dalam pendidikan dalam menangani buli pelajar di sekolah.

Item Type:Article
Keywords:Pembuli; Mangsa buli; Pembuli-mangsa; Model Lima Faktor
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:11282
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jan 2018 01:33
Last Modified:21 Jan 2018 14:45

Repository Staff Only: item control page