Krisis subprima dan kemeruapan harga saham mengikut sektor ekonomi di Bursa Malaysia

Sarimah Surianshah, and Zulkefly Abdul Karim, and Norlin Khalid, (2017) Krisis subprima dan kemeruapan harga saham mengikut sektor ekonomi di Bursa Malaysia. Jurnal Pengurusan, 49 . pp. 77-87. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/975

Abstract

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kemeruapan harga saham mengikut sektor ekonomi di Bursa Malaysia di samping mengenal pasti saham di sektor ekonomi yang meruap secara berkelangsungan. Kaedah ekonometrik siri masa iaitu model ARCH dan GARCH telah digunakan untuk menentukan tahap kemeruapan harga saham dalam tiga tempoh iaitu sebelum, semasa dan selepas krisis subprima. Harga saham dalam sektor kewangan menunjukkan kemeruapan yang berkelangsungan bagi tempoh sebelum dan semasa krisis. Manakala, harga saham di sektor pengeluaran industri merupakan sektor yang paling stabil dalam tempoh semasa krisis. Dapatan model EGARCH pula menunjukkan bahawa hanya harga saham di sektor pembinaan yang meruap secara berpanjangan semasa krisis. Implikasi dasar daripada kajian ini menjelaskan pelabur berpotensi seharusnya memilih saham di sektor pengeluaran industri sebagai portfolio pelaburan mereka kerana mempunyai kemeruapan yang secara relatifnya lebih stabil berbanding dengan sektor yang lain. Strategi pelaburan yang mempelbagaikan portfolio pelaburan dapat mengurangkan elemen risiko dan menjana pulangan.

Item Type:Article
Keywords:Kemeruapan; Sektor ekonomi; Pelaburan; Pelabur berpotensi
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:11305
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jan 2018 07:35
Last Modified:24 Jan 2018 13:41

Repository Staff Only: item control page