Rogis Baker, and Hazril Izwar Ibrahim, (2017) Kecerdasan emosi dan komitmen afektif: peranan keterikatan kerjasebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 49 . pp. 103-115. ISSN 0127-2713
|
PDF
934kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/975
Abstract
Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan secara langsung antara kecerdasan emosi dengan keterikatan kerja dan hubungan keterikatan kerja dengan komitmen afektif. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan keterikatan kerja sebagai pengantara terhadap hubungan antara kecerdasan emosi dengan komitmen afektif. Memandangkan masih kurang kajian empirikal dijalankan dalam mengkaji peranan keterikatan kerja sebagai pengantara terutamanya di antara hubungan kecerdasan emosi dengan komitmen afektif, maka kajian ini dilihat dapat menambahkan sumber literatur kepada pengkaji lain. Kajian telah dijalankan ke atas sampel seramai 372 pegawai polis di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah. Pengujian hipotesis telah dilakukan dengan menggunakan analisis PLS-SEM. Hasil analisis mendapati: (1) empat dimensi kecerdasan emosi iaitu menilai emosi diri (SEA), mengenal emosi orang lain (OEA), menggunakan emosi (UOE) dan mengawal emosi (ROE) mempunyai hubungan secara langsung yang positif dan signifikan dengan keterikatan kerja; (2) keterikatan kerja mempunyai hubungan secara langsung yang positif dan signifikan dengan komitmen afektif; (3) keterikatan kerja mempunyai kesan pengantara terhadap hubungan antara keempat-empat dimensi kecerdasan emosi (SEA, OEA, UOE dan ROE) dengan komitmen afektif. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa keterikatan kerja berperanan sebagai pengantara di antara hubungan kecerdasan emosi dengan komitmen afektif. Penemuan ini juga menandakan bahawa kepentingan elemen kecerdasan emosi dalam mempengaruhi kesetiaan dan komitmen pegawai polis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kecerdasan emosi; Keterikatan kerja; Komitmen afektif; Pegawai polis |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 11307 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Jan 2018 08:04 |
Last Modified: | 24 Jan 2018 13:43 |
Repository Staff Only: item control page