Tasawur teori pembangunan lazim: analisis daripada perspektif tasawur Islam

Mohd Shukri Hanapi, (2017) Tasawur teori pembangunan lazim: analisis daripada perspektif tasawur Islam. Jurnal Hadhari, 9 (1). pp. 49-61. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
457kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/962

Abstract

Dalam membangunkan negara umat Islam dan menyelesaikan masalah berkaitan Islam, ada sesetengah pihak dalam kalangan umat Islam mendakwa teori pembangunan lazim (PL) boleh digunakan asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pemikiran sebegini telah lama wujud dalam ekonomi Islam. Ia dikenali sebagai aliran pemikiran akomodatif-modifikasi dengan sifat elektisme-metodologik. Berhubung isu inilah, kajian ini dilakukan bagi mencapai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti latar belakang kemunculan teori PL serta tasawurnya dan kedua, menganalisis tasawur teori PL tersebut daripada perspektif tasawur Islam. Kajian kualitatif yang berbentuk penjelasan ini menggunakan kaedah analisis kandungan untuk mengenal pasti dan menganalisis elemen-elemen tasawur teori PL. Kajian ini mendapati teori PL tidak boleh digunakan untuk membangunkan negara-negara umat Islam dan menyelesaikan masalah berkaitan Islam, kerana falsafah atau tasawurnya jelas berpaksikan Falsafah Pasca-Klasikal dan Falsafah Radikal. Apabila teori PL berpaksikan kedua-dua falsafah ini, maka matlamat akhir pembangunan itu hanya terhad untuk mendapatkan keuntungan ekonomi semata-mata; manusia dianggap sebagai makhluk ekonomi; menafikan Allah SWT sebagai Pencipta sumber alam; agama dianggap sebagai alat pembangunan dan elemen-elemen asas tasawurnya hanya berbentuk mendatar (tidak mempunyai hubungan dengan Allah SWT).

Item Type:Article
Keywords:Teori; Pembangunan lazim; Analisis; Tasawur Islam, Akomodatif-modifikasi
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11314
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Feb 2018 03:07
Last Modified:04 Feb 2018 13:58

Repository Staff Only: item control page