Peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja di institusi agama Islam di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur: satu analisis kualitatif

Wan Aishah Wan Mohd Nowalid, and Azman Ismail, and Khairul Anwar @ Johari Mastor, and Razaleigh Muhamat @ Kawangit, and Raja Rizal Iskandar Raja Hisham, (2017) Peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja di institusi agama Islam di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur: satu analisis kualitatif. Jurnal Hadhari, 9 (1). pp. 75-89. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
470kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/962

Abstract

Berdasarkan kajian literatur pembangunan modal insan daripada perspektif Islam dan empirikal, pengurus biasanya melaksanakan dua kaedah yang sangat penting dalam membangunkan kerjaya pekerja iaitu, autonomi kerja dan mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Keupayaan pengurus mengamalkan kaedah tersebut dapat membantu meningkatkan kelakuan proaktif pekerja. Yang lebih penting, kajian yang dilaksanakan baru-baru ini mendapati bahawa keupayaan pengurus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam membangunkan kerjaya pekerja dapat meningkatkan kelakuan proaktif pekerja, dan keadaan ini pula boleh memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kenaikan pangkat. Meskipun sifat hubungan ini sangat menarik, namun peranan kelakuan proaktif sebagai pembolehubah mencelah adalah kurang diberi penekanan yang mendalam dalam kajian literatur pembangunan kerjaya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur perhubungan di antara peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja, kelakuan proaktif dan kenaikan pangkat di dalam organisasi. Kaedah temubual berstruktur telah digunakan untuk mengumpul data daripada pekerja yang berkhidmat di institusi agama Islam di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja dapat meningkatkan kelakuan proaktif pekerja. Seterusnya, ia berupaya memberi peluang kepada untuk memperolehi kenaikan pangkat di organisasi kajian.

Item Type:Article
Keywords:Autonomi kerja; Kepimpinan transformasi; Kelakuan proaktif; Kenaikan pangkat
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11316
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Feb 2018 03:42
Last Modified:04 Feb 2018 14:01

Repository Staff Only: item control page