Muhammad Faizal A. Ghani, and Norfariza Mohd Radzi, and Husaina Banu Khanayatullah, and Saedah Siraj, and Zuraidah Abdullah, and Norfariza Mohd Radzi, and Faisol Elham, and Maszuria A. Ghani, and Amalina Ayub, (2017) Masalah disiplin murid Islam: strategi dan penyelesaian terhadap kurikulum Pendidikan Islam. Jurnal Hadhari, 9 (1). pp. 91-110. ISSN 1985-6830
|
PDF
540kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/962
Abstract
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti jangkaan masa depan mengenai masalah disiplin murid Islam dalam aspek amalan beragama dan strategi penyelesaian dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam. Untuk menjawab objektif tersebut, data dikutip menggunakan kajian Delphi sebanyak tiga sesi pusingan. Peserta kajian adalah dalam kalangan sepuluh orang pakar dalam bidang kepimpinan sekolah. Pada sesi pusingan pertama, data dikutip menggunakan kaedah temu bual. Dapatan temu bual tersebut telah membentuk item soal selidik bagi kegunaan Delphi sesi pusingan kedua dan ketiga. Data temu bual dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Manakala, data soal selidik menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Kajian ini memperoleh tahap kesepakatan pakar yang tinggi untuk menyetujui setiap item apabila skor median melebihi 4 dan JAK kurang daripada 1. Dapatan kajian menemui jangkaan masalah disiplin murid Islam dalam aspek amalan beragama dengan bilangan tema dan subtema seperti berikut iaitu akhlak sebanyak 3 item, amalan membaca al-Quran (3 item), amalan solat (3 item), kesedaran terhadap hukum hakam (5 item), aktiviti bersosial (3 item) dan penggunaan bahan tegahan (3 item). Manakala, jangkaan strategi penyelesaian kepada masalah disiplin murid Islam dalam aspek pengajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam dengan bilangan tema dan subtema seperti berikut iaitu akhlak sebanyak 7 item, amalan membaca al-Quran (6 item), amalan solat (5 item), kefahaman terhadap hukum hakam (5 item), aktiviti bersosial (3 item) dan penggunaan bahan tegahan (4 item). Implikasi kajian ini adalah perlunya mengambil kira pandangan individu bergelar pakar dalam bidang tertentu dalam proses pembuatan keputusan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jangkaan masa depan; Disiplin murid; Strategi penyelesaian; Perspektif pakar |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 11317 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Feb 2018 04:06 |
Last Modified: | 04 Feb 2018 14:05 |
Repository Staff Only: item control page