Religiositi sebagai faktor mediasi tingkah laku kerja muslim

Ahmad Amri Zainal Adnan, and Khairul Anwar Mastor, and Hasnan Kasan, and Firdaus Mohamad Hamzah, (2017) Religiositi sebagai faktor mediasi tingkah laku kerja muslim. Jurnal Hadhari, 9 (1). pp. 141-156. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
517kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/962

Abstract

Sorotan literatur mendapati bahawa tiada perkaitan yang jelas dan empirikal antara religiositi, personaliti dan tingkah laku kerja Muslim. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara empirikal hubungan antara personaliti, religiositi dan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universiti awam Malaysia. Tiga instrument digunakan dalam pengukuran pembolehubah kajian iaitu NEO Five Factor Inventory (NEO FFI), Muslim Religiosity Personality Inventory (MRPI) dan Inventori Tingkah Laku Kerja Muslim (ITKM). Responden terdiri daripada 228 orang pentadbir dari lima institusi pengajian tinggi awam tempatan. Analisis korelasi, regresi dan mediasi digunakan untuk mengenalpasti hubungan antara ketiga-tiga pembolehubah tersebut. Analisis korelasi antara ketiga-tiga pembolehubah mendapati bahawa hanya tret personaliti Neuroticism (r = -.21), Extraversion (r = .19) dan Conscientiousness (r = .22) mempunyai hubungan yang signifikan dengan religiositi. Ketiga-tiga tret ini juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan Tingkah Laku Kerja Muslim. Tret Neuroticism (r = -.32), Extraversion (r = .29) dan Conscientiousness (r = .22) juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku kerja Muslim. Analisis regresi menunjukkan bahawa tret Neuroticism, Extraversion, dan religiositi adalah faktor peramal kepada tingkah laku kerja Muslim secara signifikan [F(3,224) = 22.31, p < .05]. Analisis mediasi menunjukkan religiositi menjadi separa-perantara secara signifikan antara tret Neuroticism dengan tingkah laku kerja Muslim (B = -0.29; CI = -0.65 hingga -0.85) dan antara tret Extraversion dengan tingkah laku kerja Muslim (B = 0.28; CI = 0.08 hingga 0.58). Kajian ini mengesahkan peranan religiositi sebagai perantara kepada personaliti dan tingkah laku kerja Muslim serta menunjukkan kepentingan religiositi dalam mencorakkan tingkah laku kerja dalam kalangan pentadbir Muslim di universiti-universiti awam.

Item Type:Article
Keywords:Religiositi; Tingkah laku kerja; Perspektif Islam; Personaliti; Mediasi
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11320
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Feb 2018 04:46
Last Modified:04 Feb 2018 14:00

Repository Staff Only: item control page