Konflik selatan Thailand: peranan Malaysia sebagai negara jiran

Mohd Roslan Mohd Nor, and Hamidah Jalani, (2017) Konflik selatan Thailand: peranan Malaysia sebagai negara jiran. Jurnal Hadhari, 9 (1). pp. 157-169. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
418kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/962

Abstract

Dari tragedi Krisek hingga ke tragedi Tak Bai masyarakat selatan Thai masih lagi dibelenggu dengan permasalahan konflik perkauman. Walaupun tampuk pemerintahan silih berganti namun pertelingkahan di antara pihak kerajaan Bangkok dengan puak pemisah yang cuba untuk mendominasi kuasa autonomi dari pihak kerajaan masih menjadi isu hangat di mata dunia. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji konflik di Selatan Thai yang melibatkan peranan Malaysia dalam menangani isu ini. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Ia turut menggunakan kaedah kajian sejarah untuk memahami latar belakang isu yang berlaku. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak kerajaan Thailand di Bangkok bagi menangani isu tersebut, namun hasilnya kurang memberangsangkan. Pelbagai pertubuhan dan badan-badan kerajaan lain cuba untuk membantu seperti ASEAN, PBB dan OIC. Malah tidak ketinggalan juga Malaysia turut memainkan peranan yang penting dalam menyumbang usaha ke arah perdamaian antara kerajaan Bangkok dengan puak pemisah. Dari saluran berbentuk nasihat, bimbingan hinggalah ke bentuk material, dilihat Malaysia begitu prihatin terhadap negara jirannya yang dilanda kemusnahan. Signifikan penemuan kajian menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai memenuhi dasar hubungan dua hala dan kepentingannya kepada Malaysia sendiri dalam menjaga keamanan negara.

Item Type:Article
Keywords:Konflik Selatan Thailand; Peranan Malaysia; Keamanan; Kestabilan; Hubungan dua hala
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11321
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Feb 2018 06:20
Last Modified:04 Feb 2018 13:53

Repository Staff Only: item control page