Muhammad Hilmi Jalil, and Mohd Yusof Hj. Othman, (2017) Jati diri manusia: antara Islam dan barat. Jurnal Hadhari, E.khas . pp. 97-109. ISSN 1985-6830
|
PDF
479kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/990
Abstract
Semua percaya bahawa manusia memainkan peranan penting untuk membangunkan peradaban. Pembangunan peradaban perlu kepada berbagai bentuk bakat sumber manusia. Sebagai agen pembangunan peradaban, manusia perlu membangunkan jati diri mereka. Dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan bahawa manusia merupakan agen kepada permasalahan yang berlaku dalam dunia hari ini. Contohnya masalah pencemaran alam sekitar, krisis ekonomi dan gejala sosial dalam kalangan remaja hari ini. Kesemua ini menunjukkan usaha pembangunan yang dilakukan bersifat tidak seimbang di antara aspek intelek dengan nilai kerohanian. Asas kepada jati diri manusia hari ini dibentuk oleh ahli falsafah barat seperti Sigmund Freud, B. F. Skinner, Carl Rogers, Ivan Pavlov dan ahli sains kemanusiaan lain yang seangkatan. Ahli falsafah Barat menafikan kewujudan tuhan dalam hipotesisnya. Dalam perspektif Islam, jati diri manusia ditentukan oleh lima unsur yang wujud di dalam dan di luar diri manusia iaitu Ruh, Qulub, Nafs, Aql dan Jasad. Ahli falsafah barat cenderung untuk mengabaikan kesemua unsur tersebut kecuali Aql dan Jasad dalam hipotesis mereka. Makalah ini membincangkan perbandingan jati diri manusia antara kerangka pemikiran barat dan Islam supaya kita mampu untuk memperbaiki fenomena kecelaruan dan kesengsaraan pada hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jati diri; Pembangunan; Insani; Islam; Barat |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 11330 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Feb 2018 04:07 |
Last Modified: | 07 Feb 2018 12:44 |
Repository Staff Only: item control page