Panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme

Fariza Md Sham, and Salmihah Che Mud, and Manisah Mohd Ali, and Zuliza Mohd Kusrin, and Rosmawati Mohamad Rasit, and Siti Norlina Muhammad, (2017) Panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Jurnal Hadhari, E.khas . pp. 169-182. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
578kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/990

Abstract

Perilaku seksual bermula apabila berlaku perubahan organ biologi akibat kematangan organ pembiakan. Mereka mempamerkan perilaku seksual di khayalak ramai kerana tidak memahami situasi berikut berlawanan dengan norma masyarakat. Merujuk kepada permasalahan, sehingga kini bentuk pendekatan yang sesuai dan boleh diikuti oleh ibu bapa dalam mengawal tindakan remaja autisme mengikut ketetapan Islam masih terhad. Kebanyakan pada hari ini bersumberkan Barat. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina garis panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Kajian ini menggunakan temu bual sebagai kaedah utama untuk mendapatkan maklumat berkaitan perilaku seksual remaja autisme. Temu bual dijalankan bersama ibu bapa yang mempunyai anak remaja autisme. Kajian ini turut mendapat maklumat melalui perbincangan meja bulat yang diadakan sebanyak 5 kali dalam usaha mengemaskan lagi pembinaan garis panduan syariah untuk ibu bapa menangani perilaku seksual remaja autisme. Hasil kajian mendapati ibu bapa amat memerlukan satu garis panduan syariah yang memuatkan tatacara untuk diajarkan kepada anak remaja autisme mereka. Oleh itu, dalam kajian ini turut memuatkan tatacara didikan ibu bapa kepada remaja autisme dan larangan keagamaan untuk mengurangkan kecenderungan perilaku seksual agar dapat digunapakai dalam memberi pendidikan kepada anak remaja autisme. Sumbangan kajian membuktikan pendidikan agama berupaya mendidik perilaku seksual remaja autisme. Implikasi kajian mencadangkan agar garis panduan syariah ini dapat digunapakai oleh ibu bapa, guru, masyarakat dan pihak yang berkaitan seperti JAKIM, KPWKM, JKM dan NGO dalam usaha menangani perilaku seksual dalam kalangan remaja autisme.

Item Type:Article
Keywords:Panduan syariah; Ibu bapa; Perilaku seksual; Autisme; Remaja autisme
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11335
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Feb 2018 07:14
Last Modified:07 Feb 2018 12:31

Repository Staff Only: item control page