Tahalluf siyasi dalam perjuangan Ikhwan al-Muslimin di Mesir, 1970-1981

Shamsul Azhar Yahya, and Mohamad Redzuan Othman, and Abu Hanifah Haris, (2017) Tahalluf siyasi dalam perjuangan Ikhwan al-Muslimin di Mesir, 1970-1981. Jurnal Hadhari, E.khas . pp. 183-193. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
449kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/990

Abstract

Awal abad ke-20 menyaksikan kelahiran beberapa tokoh islah yang cuba untuk membawa perubahan kepada umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Hassan al-Banna dan Ikhwan al-Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 telah memberi impak yang besar kepada Mesir dan persekitarannya. Perkembangan gerakan yang begitu cepat ini amat membimbangkan penjajah dan pemerintah sehingga memaksa mereka menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan pengaruh gerakan ini. Walau bagaimanapun, Ikhwan al-Muslimin masih terus bertahan sehingga hari ini dan memberi impak yang besar apabila menang dalam pilihan raya selepas kejatuhan Hosni Mubarak tahun 2012. Kajian ini berobjektifkan peranan yang dimainkan oleh Ikhwan al-Muslimin dalam perkembangan politik di Mesir. Pendekatan tahalluf siyasi yang diambil oleh Ikhwan al-Muslimin sedikit sebanyak menyelamat gerakan ini daripada terus ditindas. Turut disentuh di dalam kajian ini ialah keberkesanan tahalluf siyasi yang dilakukan oleh Ikhwan al-Muslimin sepanjang tempoh tersebut. Skop kajian ini melihat perjuangan Ikhwan al-Muslimin dari tahun 1970-1981 kerana tempoh ini adalah merupakan fasa baru perjuangan mereka selepas berlakunya perubahan kepimpinan akibat kematian Gamal Abdel Nasser. Kajian ini membuktikan bahawa pemerintah menggunakan segala kaedah dan pendekatan untuk mengekalkan kuasa termasuk berkompromi dengan kumpulan Islam yang mereka tindas sebelum ini. Namun, sebagai sebuah gerakan Islam, terdapat peluang yang luas untuk menyebarkan dakwah, meluaskan pengaruh dan menyedarkan umat mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Kajian ini penting kepada gerakan Islam lain untuk menilai semula pendekatan yang perlu diambil dan prinsip yang perlu dipegang apabila berhadapan dengan suasana dan konflik politik semasa.

Item Type:Article
Keywords:Ikhwan al-Muslimin; Tahalluf siyasi; Politik; Pendekatan; Gerakan Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11336
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Feb 2018 07:21
Last Modified:07 Feb 2018 12:30

Repository Staff Only: item control page