Analisis kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap pembangunan modal insan di Malaysia

Jefridin Atan, and Muhammad Hilmi Jalil, and Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, (2017) Analisis kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap pembangunan modal insan di Malaysia. Jurnal Hadhari, E.khas . pp. 195-212. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
586kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/990

Abstract

Pembangunan modal insan merupakan intipati serta menjadi tunjang utama kepada kepimpinan mantan Perdana Menteri kelima Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dewasa kini, aspek pembangunan modal insan menjadi fokus utama dunia dalam penyediaan masyarakat yang berhemah tinggi serta tinggi nilai budi pekertinya. Pembangunan negara kelas utama harus seiring dengan pemikiran masyarakat yang berminda kelas pertama. Malaysia adalah sebuah negara yang menuju ke arah negara perolehan pendapatan tinggi, namun pemikiran masyarakat masih kelas ketiga. Objektif utama kajian ini adalah untuk memperlihatkan aspek utama penerapan pembangunan modal insan yang dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kajian ini bersifat kualitatif deskriptif dalam menghurai peranan serta sumbangan utama Tun Abdullah Ahmad Badawi memperkasakan pembangunan modal insan kepada masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian, kajian ini juga akan memaparkan analisis dan rangka kerja pembangunan modal insan yang diaplikasikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan; Pembangunan modal insan; Tun Abdullah Ahmad Badawi
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11337
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Feb 2018 07:30
Last Modified:07 Feb 2018 12:29

Repository Staff Only: item control page