Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, and Ibnor Azli Ibrahim, (2017) Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah. Jurnal Hadhari, 9 (2). pp. 193-205. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
450kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1034

Abstract

Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement), hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam.

Item Type:Article
Keywords:Pelarian Muslim Filipina; Hak dan perlindungan; Syariah dan undang-undang Malaysia
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11339
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2018 04:19
Last Modified:08 Feb 2018 14:08

Repository Staff Only: item control page