Sumbangan dan peranan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī terhadap perkembangan Islam di Nusantara

Mohd Haidar Kamarzaman, and Abdull Rahman Mahmood, (2017) Sumbangan dan peranan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī terhadap perkembangan Islam di Nusantara. Jurnal Hadhari, 9 (2). pp. 207-221. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
547kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1034

Abstract

Aceh merupakan pusat penyebaran Islam terbesar di Nusantara sesudah kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511 Masihi. Ini kerana Aceh menjadi pusat tumpuan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan di antara beberapa negara Islam di Timur Tengah dengan kepulauan Nusantara. Di antara ulama yang memainkan peranan utama dalam menyebarkan dakwah Islam adalah Shaykh Shams al- Dīn al-Sumaterā’ī. Beliau telah menjadi QāÌī Mālik al-‘Ādil di sepanjang tiga pemerintahan Sultan di Aceh. Makalah ini menfokuskan untuk meneliti sumbangan dan peranan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī dalam perkembangan Islam di Nusantara. Kajian ini menggunakan metode yang merangkumi pengumpulan data, analisis kandungan, analisis berasaskan sejarah, analisis perbandingan, dan metode induktif dan deduktif. Kajian ini menunjukkan bahawa Shaykh Shams al-Dīn al- Sumaterā’ī berjaya menyebarkan dakwah Islamnya melalui kedudukan politiknya dan juga karya-karyanya. Di antara sumbangan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī terhadap dakwah Islam adalah merangkumi dua dimensi asas Islam iaitu akidah dan tasawwuf sama ada kepada masyarakat Nusantara mahupun negara yang berada di luar kepulauan Nusantara.

Item Type:Article
Keywords:Islam di Nusantara; Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī; ulama Aceh; Shaykh Shams al-Dīn Pasai; Islam di Aceh
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11340
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2018 04:28
Last Modified:08 Feb 2018 14:09

Repository Staff Only: item control page