Sains dalam kerangka Islam: perspektif amalan saintis Muslim silam

Alias Azhar, (2017) Sains dalam kerangka Islam: perspektif amalan saintis Muslim silam. Jurnal Hadhari, 9 (2). pp. 321-335. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
516kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1034

Abstract

Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkar pelbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabii dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun lain yang terdahulu. Di sini penulis menggunakan kaedah analisis kandungan yang meneliti kerangka epistemologi sains dalam Islam. Selain itu, kaedah pensejarahan dan perbandingan yang meneliti asal usul ilmu sains Islam serta perkaitannya. Melalui kaedah penelitian sosiologi yang digunakan, penulis meneliti latar belakang masyarakat yang mempengaruhi perkembangan ilmu sains Islam. Keunikan sains Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik yang telah mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat mencari matlamat yang subjektif di dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat sains Islam termasuklah juga mencari keredhaan Allah, mementingkan kemaslahatan ummah dan mengutamakan nilai-nilai Islam yang syumul serta adil. Keunggulan sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka yang dinamis dan kreatif serta berintegriti tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Sains Islam; Tamadun Islam; Syariah Islamiah; Maslahah; Pemikiran saintifik
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11347
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2018 07:59
Last Modified:08 Feb 2018 14:20

Repository Staff Only: item control page