Perniagaan Muhammad SAW era setelah kenabian: sebuah tamadun baharu

Suwandi Suwandi, and Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, (2017) Perniagaan Muhammad SAW era setelah kenabian: sebuah tamadun baharu. Jurnal Hadhari, 9 (2). pp. 337-351. ISSN 1985-6830

[img] PDF
516kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1034

Abstract

Perniagaan Nabi Muhammad SAW berlaku sebelum beliau dilantik menjadi Nabi, adapun setelah menerima wahyu (al-Quran) Baginda tidak lagi memiliki kesempatan untuk melakukan aktiviti perniagaan. Sebagai seorang nabi dan juga bekas peniaga berjaya, Muhammad SAW sentiasa menyokong serta mengajarkan cara berniaga yang baik sesuai syariah kepada para sahabat. Perniagaan yang dijalankan sesuai dengan arahan Baginda telah membawa para sahabat dan juga umat Islam ketika itu ke arah kejayaan perniagaan, malahan tidak hanya membawa keuntungan bagi peniaga sahaja tetapi juga terbukti membawa umat Islam kepada suatu perekonomian yang maju (economic civil society). Apakah sebenarnya yang diajarkan oleh Muhammad SAW sehingga menyebabkan umat Islam memperoleh kejayaan dalam perniagaan dan juga kemajuan ekonomi ketika itu? Di atas maksud tersebut kajian kualitatif ini dijalankan dan untuk memperoleh hasil kajian yang signifikan maka kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, pensejarahan dan kaedah tafsir. Hasil kajian merumuskan bahawa Baginda mengajarkan perniagaan sesuai dengan al-Quran dan al-Hadis. Antara asas-asas perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Hadis ialah asas tauhid, asas kejujuran, asas keadilan sosial, asas kebebasan, asas tanggungjawab, asas keseimbangan, asas kebenaran dan asas tolong-menolong. Prinsip-prinsip asas perniagaan sedemikian sebenarnya sesuai untuk diamalkan oleh peniaga Islam kontemporeri bagi menonjolkan nilai-nilai Islam dalam perniagaan masa kini.

Item Type:Article
Keywords:Muhammad SAW; Setelah kenabian, Asas perniagaan Islam; al-Quran dan al-Hadis
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:11348
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2018 08:18
Last Modified:08 Feb 2018 14:21

Repository Staff Only: item control page