Kaedah perbahasan sebagai wahana pembelajaran dan pemudah cara berasaskan KBAT dalam proses penulisan karangan argumentatif

Marzni Mohamed Mokhtar, and Rohizani Yaakub, and Fadzilah Amzah, (2017) Kaedah perbahasan sebagai wahana pembelajaran dan pemudah cara berasaskan KBAT dalam proses penulisan karangan argumentatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (2). pp. 1-12. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
615kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) di dalam bilik darjah menjadi sebahagian daripada agenda pendidikan negara. Peralihan tumpuan ini amat penting dalam memastikan kelestarian sistem pendidikan negara menyediakan murid untuk memaksimumkan keupayaan kognitif mereka. Persaingan yang amat kompetitif dalam sistem pendidikan global menuntut pada pengamal sistem pendidikan perlu mengubah kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam bilik darjah untuk merealisasikan agenda pendidikan negara ini. Justeru, kajian in dilangsungkan bagi meneliti bagaimana guru melaksanakan Pdp berasaskan KBAT dalam proses penulisan karangan argumentatif. Bagi mendapatkan gambaran yang holistik terhadap kaedah PdPc yang digunakan oleh guru, kajian ini dilaksanakan dengan menggunakanreka bentuk penyelidikan kajian kes kualitatif. Dua orang peserta kajian dilibatkan secara sukarela dan kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah berasrama penuh di sebuah daerah di Selangor. Bagi mengumpulkan data yang bermakna daripada kedua-dua peserta kajian, temu bual secara mendalam, pemerhatian di dalam bilik darjah dan penganalisisan dokumen sehingga data-data mencapai tahap ketepuan. Seterusnya, dapatan kajian dianalisis untuk membentuk kriteria dan tema bagi meneliti kaedah PdPc berasaskan KBAT yang diamalkan oleh kedua-dua peserta kajiandalam proses penulisan karangan argumentatif. Dapatan kajian memperlihatkan kaedah perbahasan digunakan sebagai salah satu cara melangsungkan PdPc berasaskan KBAT dalam proses penulisan karangan argumentatif. Secara keseluruhannya, kaedah perbahasan didapati berupaya menarik minat murid dan mencabar keupayaan murid menggunakan kognitif berfikir pada aras tinggi dalam usaha menyediakan hujah dan melengkapkan tugasan menulis karangan.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah perbahasan; KBAT; Kajian kes; Karangan argumentatif; Wahana
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11351
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2018 01:23
Last Modified:09 Feb 2018 09:27

Repository Staff Only: item control page