Penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional di Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu)

Mohd Khaidir Abdul Wahab, and Mohd Rashid Md. Idris, and Abdul Kadir Ariffin, (2017) Penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional di Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (2). pp. 13-29. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
656kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pelaksanaan dan interpretasi terhadap penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional dalam kalangan guru Bahasa Melayudi Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu). Data yang dikumpul oleh kaji selidik yang melibatkan 310 guru dari 41 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu). Daripada jumlah tersebut, tujuh buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di negeri Perak, sembilan buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di negeri Selangor, 16 buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di negeri Pahang dan sembilan buah SKK (Kebitaraan Bahasa Melayu) di Negeri Sembilan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk menentukan tahap pelaksanaan dan interpretasi penyerapan elemen falsafah bahasa untuk penyatupaduan nasional.Keputusan menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu di Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu) melaksanakan penyerapan elemen falsafah bahasa dalam pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) Bahasa Melayu di peringkat tinggi (min skor 3.80 hingga 5.00).Kajian ini memberi sumbangan yang besar dengan memperluaskan skop dan peranan falsafah bahasa daripada bidang yang hanya berfokus kepada pendidikan bahasa kepada usaha penyatupaduan nasional.

Item Type:Article
Keywords:Penyerapan; Falsafah bahasa; Penyatupaduan nasional; Guru Bahasa Melayu; Sekolah Kluster Kecemerlangan (Kebitaraan Bahasa Melayu)
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11352
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2018 01:37
Last Modified:09 Feb 2018 09:28

Repository Staff Only: item control page