Tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kajian pengajaran

Rohaida Mazlan, (2017) Tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kajian pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (2). pp. 30-40. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
523kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian Pengajaran merupakan salah satu program yang digunakan sebagai salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 253 orang guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat telah dipilih sebagai responden. Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap Kajian Pengajaran adalah tinggi dan positif. Walau bagaimanapun, tahap kesediaan mereka untuk menjalankan Kajian Pengajaran adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu daerah Hulu Langat mempunyai tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan yang tinggi terhadap Kajian Pengajaran.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Pemahaman; Kesediaan; Kajian pengajaran; Mata pelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11353
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2018 01:45
Last Modified:09 Feb 2018 09:29

Repository Staff Only: item control page