Pembangunan modul belajar-cara-belajar Bahasa Melayu Komunikasi

Sharala Subramaniam, and Zamri Mahamod, (2017) Pembangunan modul belajar-cara-belajar Bahasa Melayu Komunikasi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (2). pp. 51-64. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
613kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Bahasa Melayu menjadi bahasa utama di negara Malaysia. Mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi menjadi prasyarat kepada pelajar warganegara asing untuk lulus dan dianugerahkan diploma atau ijazah dalam masa yang singkat. Dalam hal ini, pelajar asing akan menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis dalam tempoh yang ditetapkan. Antara isu yang sering dibincangkan ialah kebanyakan pelajar asing yang mengikuti kursus Bahasa Melayu Komunikasi lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat. Kelemahan ini secara langsung menjejaskan kelancaran pengajian dan pencapaian akademik mereka secara keseluruhannya. Tujuan kajian ini ialah mereka bentuk Modul Belajar-Cara- Belajar Bahasa Melayu Komunikasi (MBCB BMK). Kajian ini memperjelaskan tentang langkah-langkah yang dilaksanakan untuk membangun MBCB BMK yang bertujuan untuk membantu memudahkan pelajar warganegara asing mempelajari Bahasa Melayu Komunikasi dan untuk melihat kebolehgunaan MBCB BMK dari segi antara muka, gambar, teks, isi kandungan, pendekatan pedagogi dan hubungan dengan teori pembelajaran. Dapatan kajian yang menunjukkan penggunaan MBCB BMK untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi menjadi satu alternatif kaedah pengajaran yang perlu dipertimbangkan oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penggunaan MBCB BMK ini memberikan peluang kepada guru untuk menghasilkan pelbagai teknik pengajaran yang mereka miliki. Kajian ini telah berjaya membangun MBCB BMK kepada pelajar warganegara asing di Institusi Pengajian Tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu komunikasi; Belajar-cara-belajar; Pelajar warganegara asing, institusi pengajian tinggi, pencapaian akademik.
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11355
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2018 04:00
Last Modified:09 Feb 2018 09:31

Repository Staff Only: item control page