Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah

Ainun Rahmah Iberahim, and Zamri Mahamod, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2017) Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 7 (2). pp. 77-88. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
516kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada abad ini. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 277 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains dan Sastera daripada tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanah Merah, Kelantan dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar ketika mempelajari Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Sikap; Motivasi; Pencapaian pelajar; Pembelajaran abad ke-21; Pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:11357
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Feb 2018 04:36
Last Modified:09 Feb 2018 09:33

Repository Staff Only: item control page