Pencirian mikroskopi butiran kuarza laut cetek muara Sungai Kelantan hingga pelantar benua Laut China Selatan, Semenanjung Malaysia

Nurul Afifah Mohd Radzir, and Che Aziz Ali, and Kamal Roslan Mohamed, (2017) Pencirian mikroskopi butiran kuarza laut cetek muara Sungai Kelantan hingga pelantar benua Laut China Selatan, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (9). pp. 1521-1529. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num9_2...

Abstract

Pencirian butiran kuarza berskala mikro dengan menggunakan mikroskop pengimbas elektron (SEM) menemukan beberapa jenis kuarza yang mempunyai tekstur dan morfologi butiran kuarza berbeza. Penggunaan kaedah ini telah berjaya mengenal pasti enam jenis butiran kuarza iaitu kuarza jenis A, B, C, D, E dan F. Pengelasan dibuat berdasarkan tekstur dan morfologi butiran yang menggambarkan sejarah pengangkutan (proses mekanik) dan pengendapan yang telah dilalui oleh butiran kuarza tersebut. Keenam-enam jenis kuarza tersebut diterbitkan oleh dua faktor geologi iaitu genetik butiran kuarza dan proses mekanik semasa pengangkutan. Hasil daripada pembahagian faktor ini, dua wilayah taburan jenis butiran kuarza telah dikenal pasti iaitu wilayah I dan wilayah II. Wilayah I mencirikan kuarza yang mengalami proses mekanik lemah sehingga sederhana dan dikenal pasti sebagai sedimen Resen yang diangkut melalui Sungai Kelantan sebelum dienapkan ke dalam kawasan lembangan Laut China Selatan. Sedimen Resen ini menunjukkan tekstur permukaan yang tidak kasar dicirikan oleh tanda V berdiameter < 2 μm atau tiada dan berbentuk bulat hingga bersegi. Manakala, wilayah II pula mempunyai butiran kuarza yang telah mengalami proses mekanik yang sederhana tinggi sehingga sangat tinggi. Sedimen yang dicerap di wilayah II ini merupakan campuran sedimen Resen dan sedimen baki yang terdiri daripada sedimen sub-arkos lautan yang telah dienapkan sejak 5000 tahun lampau. Sedimen sub-arkos lautan ini mengalami beberapa kali proses mekanik yang menghasilkan tekstur yang kasar, tanda V <2 μm hingga >2 μm dan lelasan yang tinggi pada permukaan kuarza dan morfologi yang bulat hingga hampir sfera.

Item Type:Article
Keywords:Morfologi kuarza; Proses mekanik; Sedimen baki; Sedimen resen; Tekstur kuarza
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11379
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Feb 2018 07:05
Last Modified:15 Feb 2018 05:22

Repository Staff Only: item control page