M.S. Elmi Sharlina, and Azwan Mat Lazim, and Wan Yaacob Wan Ahmad, (2017) Sintesis dan sifat termal natrium kanji sulfat Dioscorea pentaphylla. Sains Malaysiana, 46 (9). pp. 1549-1555. ISSN 0126-6039
|
PDF
782kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol46num9_2...
Abstract
Kanji Dioscorea pentaphylla telah diubah suai dengan pensulfatan dan peneutralan bagi menghasilkan natrium kanji sulfat. Tindak balas pensulfatan dilakukan dengan asid sulfurik dalam etanol dan air pada suhu 0oC. Darjah penukargantian dikira berdasarkan peratus karbon dan sulfur yang ditentukan menggunakan penganalisis unsur CHNS. Natrium kanji sulfat yang mempunyai darjah penukargantian dan peratus nisbah berat hasil yang tinggi dipilih dan dicirikan dengan spektrum transformasi Fourier inframerah (FT-IR) dan profil pembelauan sinar-X (XRD). Kehadiran dua puncak getaran regangan C-O-S dan S=O dalam spektrum FT-IR dan puncak berbeza yang terhasil dalam corak difraktogram XRD membuktikan tindak balas berlaku pada struktur kanji. Sifat termal juga ditentukan dengan kalorimeter pengimbas pembezaan (DSC) dan analisis termogravimetri (TGA). Natrium kanji sulfat yang dihasilkan mempunyai kestabilan termal yang baik kerana mempunyai suhu penguraian pada 265oC. Natrium kanji sulfat ini sesuai dijadikan bahan tambahan dalam penghasilan hidrogel, organogel dan filem dengan sifat anionik kerana degradasi tidak terjadi di bawah suhu ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dioscorea pentaphylla; natrium kanji sulfat; pensulfatan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 11382 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 12 Feb 2018 07:38 |
Last Modified: | 12 Feb 2018 07:38 |
Repository Staff Only: item control page