Pengehadan kalori, fungsi kognitif dan penuaan: peranan terhadap sistem biologi

Meramat A., and Nor Fadilah Rajab, and Suzana Shahar, and Razinah Sharif @ Mohd Sharif, (2017) Pengehadan kalori, fungsi kognitif dan penuaan: peranan terhadap sistem biologi. Sains Malaysiana, 46 (9). pp. 1625-1633. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid46bil9_2...

Abstract

Prevalens gangguan kognitif ringan (MCI) di Malaysia mencecah 68% pada tahun 2016. Pelbagai kaedah dijalankan bagi memastikan kelestarian tahap kesihatan warga tua termasuk melalui nutrisi, gaya hidup dan persekitaran. Pengehadan kalori dibuktikan mampu untuk menurunkan kadar mortaliti dan morbiditi warga tua serta memelihara tahap kesihatan warga tua supaya dapat membantu dalam meningkatkan kualiti hidup golongan tersebut. Pengehadan kalori juga merupakan salah satu kaedah yang lebih mudah dan berkesan dalam membantu meningkatkan ingatan dan memelihara kesihatan golongan tersebut. Ia juga membantu mengurangkan kadar inflamasi dan mencantas tindakan radikal bebas yang hadir di dalam sistem tubuh akibat daripada proses penuaan dan faktor persekitaran. Keadaan ini menyediakan tubuh badan yang lebih rentan terhadap kerosakan DNA dan serangan toksin daripada penyakit kronik, pemakanan dan persekitaran. Oleh itu, kajian ini memberikan konsep yang lebih jelas terhadap implikasi pengehadan kalori dalam memelihara fungsi kognitif.

Item Type:Article
Keywords:Fungsi kognitif; Pengehadan kalori; Warga tua
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:11392
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Feb 2018 02:38
Last Modified:15 Feb 2018 05:43

Repository Staff Only: item control page